Kids Retro Fashion Show

(8 Dec, 2024. Petaling Jaya) – Alhamdullilah. Selesai coverage untuk event Kids Retro Fashion Show yang ulung kali berlangsung di Amcorp Mall Petaling Jaya.

Pada minggu lalu, sebuah acara persembahan fesyen bertemakan “Retro” telah diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Acara ini melibatkan penyertaan kanak-kanak berusia antara lima hingga dua belas tahun, yang mana mereka memperagakan pakaian unik dan penuh warna-warni yang membawa nostalgia era 60-an, 70-an, dan 80-an.

Pertunjukan ini diadakan bersempena activiti hujung minggu yang bertemakan Retro, termasuklah penjualan banyak barangan retro dan antik. Fashion show ini terus membangkitkan suasana zaman kegemilangan retro. Sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton menambah kemeriahan acara.

Fesyen kanak-kanak yang diperagakan menyerlahkan kreativiti dan elemen gaya retro yang menyeronokkan. Ada yang memakai gaun beropol dengan corak bunga besar, lengkap dengan aksesori seperti tali pinggang lebar dan cermin mata hitam bulat. Ada juga kanak-kanak lelaki yang mengenakan jaket kulit, kemeja bercorak psychedelic, dan seluar bell-bottom, menghidupkan semula gaya era disko yang terkenal.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah keterampilan para peserta yang melibatkan diri dengan penuh keyakinan. Walaupun masih muda, mereka berjalan di atas pentas dengan gaya profesional, memikat hati para penonton.

Persembahan ini bukan sahaja mempamerkan bakat kanak-kanak dalam fesyen, tetapi juga mendidik mereka tentang sejarah dan evolusi gaya. Tema retro yang dipilih memberikan peluang kepada generasi muda untuk mengenali budaya fesyen yang pernah menjadi ikonik suatu ketika dahulu.

Acara tersebut berakhir dengan sesi bergambar bersama peserta. Tidak dapat dinafikan, persembahan fesyen kanak-kanak bertemakan baju retro ini telah mencipta kenangan manis, bukan sahaja untuk peserta tetapi juga penonton yang hadir.