Majlis Hari Raya Aidilifitri 2025 – Masjid Amaniah Kepong

Masjid Amaniah, Kepong telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang meriah dan penuh bermakna. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Pengerusi MAIWP, wakil dari Balai Polis Kepong, dan UMNO Cawangan Kepong. Kehadiran mereka menambahkan kemeriahan dan mengukuhkan hubungan antara komuniti.

Pelbagai juadah lazat disediakan seperti ketupat, rendang, lemang, dan kuih-muih tradisional. Tetamu yang hadir dapat menikmati hidangan sambil beramah mesra dan bertukar-tukar cerita. Suasana harmoni dan kegembiraan jelas terasa sepanjang majlis.

Acara ini bukan sahaja merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa, tetapi juga memperkukuh silaturahim antara jemaah masjid, pemimpin, dan masyarakat setempat. Majlis yang berlangsung dengan lancar ini membuktikan keprihatinan dan semangat perkongsian dalam masyarakat majmuk.

Gambar-gambar majlis dirakam oleh Chemong Daddy.

Sila hubungi saya untuk servis photography untuk sebarang majlis.